Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, August 02, 2012

KENAPA SAYA MENYOKONG #SAVEMARYAM

#SAVEISLAM

Kempen #SAVEMARYAM menjadi isu hangat perdebatan setelah gerakan/organisasi tersebut menyatakan,

"Approximately 2 million Muslims leave Islam every year in Indonesia."

Aku fikir, rata-rata pembaca blog ini adalah generasi "Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris", jadi tidak perlulah aku membuat terjemahan ayat tersebut ke Bahasa Melayu.

Maka, usai membaca "ayat fakta" tersebut, ramai yang melopong, bingung dan memberi reaksi mempertikaikan bulat-bulat akan ketepatan dan kesahihan data angka '2 million' itu. Dari mana mereka (Mercy Mission) mendapat data tersebut?

Situasi menjadi kelam dan kusut bilamana tersebarnya di medium maya (maaf, aku tidak menyimpan pautan tersebut) akan kupasan dari seorang yang digelar 'Maulana' mempertikaikan gerakan kempen tersebut, dengan membawa data statistik yang menjadi sumbernya. Dalam tulisan dan komen artikel tersebut, mereka mempersoalkan integriti (kejujuran dan ketelusan) penggerak agenda #SAVEMARYAM.

Ini boleh dilihat melalui ayat-ayat seperti, "Someone make a huge money from this campaign! See that Watch, Share & Donate.." bla bla bla...

Pihak #SAVEMARYAM telahpun tampil memberikan maklum balas tentang isu '2 million' itu di laman sesawang mereka.

Aku tidak mempunyai 'kekuatan' untuk membuat kajian mendalam (comprehensive study) tentang '2 million' itu, mahupun situasi sebenar umat Islam di Indonesia.

Justeru, sebagai perkongsian ilmiah yang bersifat peribadi dan umum, maka beberapa perkara berikut menjadi asas kenapa aku menyokong kempen #SAVEMARYAM dan yang seumpama dengannya:-

1. Aku tabik spring dengan pendekatan karya mereka yang cukup kreatif dan umphh! Selama usia yang hampir menjejak suku abad ini, agak banyak juga video yang menyampaikan mesej - seperti kempen #SAVEMARYAM - tetapi ianya agak biasa-biasa dan 'tradisional'. Kalau kita lihat video-video kempen #SAVEMARYAM, ianya jelas mempergunakan 'bisa' dan 'penangan' teknologi masakini yang amat bertepatan dengan selera generasi IT khususnya pemuda-pemudi yang biar tidak mandi dan makan nasi sehari asal dapat cek Facebook dan pos itu ini;


2. Agenda gerak kerja #SAVEMARYAM telah dinyatakan dengan jelas. Mereka merancang untuk mewujudkan beberapa perkara sebagai pendekatan atau 'counter-attack' seputar isu yang di bawa oleh #SAVEMARYAM (Boleh semak di laman mereka). Hasil derma yang dikumpul, akan disalurkan untuk merealisasikan pendekatan tersebut, dan yang paling utama menjadi fokus aku ialah;


3. Aku lebih pedulikan dan kisahkan 'leave Islam' berbanding '2 million' itu (perasan aku garis dua ayat ni di atas tadi?). Bagi aku, 'leave Islam' tidak membawa maksud tuntas murtad semata tetapi merangkumi juga mereka (baca: kita) yang meninggalkan gaya dan cara hidup selaku Muslim sama ada secara terang-terangan mahupun tapuk-tapuk.

Selayaknya, walaupun jika ada hanya seorang sahaja yang murtad, kita Muslim patut sudah cukup berduka, sedih dan kecewa. Tidak perlu menunggu angka tersebut berubah menjadi 10, 100, ataupun 100,000 barulah rasa cukup kuota untuk berduka, sedih, kecewa dan bertindak.



Bacaan lain:-
a. Laman Save Maryam
b. Facebook Save Maryam
c. Era Muslim (http://www.eramuslim.com/berita-staf-indonesia-di-bbc-london-program-kampanye-savemaryam-adalah-asli-bukan--bohongan.html)


No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!