Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, August 04, 2012

PENJAGA GOL NEGARA TEGUR MEDIA

Kredit : [BBC]


Harap isu siapa lebih popular tidak 'digoreng-goreng' lagi.

KUALA LUPAK: Penjaga gawang negara, Apik, tampil mengulas seputar isu tentang sahabat yang juga pakar menangkap bola sepertinya, Paijal, yang dikatakan 'menggugat' kedudukan Apik selaku pilihan utama jurulatih dan penyokong bola sepak tempatan. Isu tersebut menjadi bualan hangat usai perlawanan persahabatan antara Skuad Rimau dan dua skuad daripada benua empat musim tempohari yang menyaksikan prestasi cemerlang Paijal menyelamatkan pintu gol daripada dimasuki bola.

"Hahahahaha..", itulah reaksi pertama Apik ketika ditemui wartawan SDN di Bazar Ramadhan Bang Mijul dekat sini, kelmarin.


"Saya tidak menganggap populariti itu penting dalam dunia bola sepak. Apa yang penting ialah kualiti dan bagaimana anda berusaha meningkatkan prestasi dan kemahiran diri".


"Justeru, soal si polan akan ganti si anu yang menjadi pilihan utama kerana prestasi cemerlang si polan adalah tidak berbangkit sama sekali. Adakah anda tidak gembira dan memandang sesuatu dengan lebih positif apabila bertambahnya bilangan ahli sukan kita yang sebelum ini dilihat 'kurang cemerlang', kini cemerlang?".


"Inilah mentaliti masyarakat kita khususnya sesetengah pihak yang menjadi 'media murahan' yang acapkali meneropong, melapor dan mengulas berjela-jela isu-isu remeh lagi temeh, sedangkan yang patut dibuat 'analisis' dalam hal ini adalah aspek utama sukan bola sepak yang saya sebutkan tadi. Saya pernah melalui pengalaman permainan media sebegini sebelum ini."


"Jika Paijal diletak selaku pilihan utama dan saya hanya sekadar memanaskan bangku simpanan dalam suatu perlawanan terutamanya perlawanan besar, apa ruginya saya? Saya tidak merasa tersisih dan lemah semangat dalam permainan. Menjadi penjaga gol tidak sama seperti posisi lain di padang. Anda terpilih maknanya prestasi dan tahap semasa anda menjadi elemen percaturan jurulatih iaitu 'Benteng Terakhir' ataupun Rook dalam permainan catur."


"Bayangkan pasukan negara kita ada tiga orang penjaga gol yang semuanya sama-sama cukup hebat dan mantap prestasinya dalam perlawanan, bukankah ia menguntungkan pasukan khususnya jurulatih dalam percaturannya? Begitu juga dengan posisi yang lain, kalau ada yang cedera atau tidak dapat beraksi, maka kita mempunyai lebih pilihan dan kita semua tidak perlu risau bila melihat kesebelasan utama dan pertukaran yang dilakukan sewaktu permainan."

"Bayangkan ada tiga orang 'Apik', bukankah kekebalan benteng terakhir pasukan tetap utuh?", ujarnya berseloroh.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!