Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, December 20, 2012

SEPUTAR CABARAN CATUR RAPID MENGAYAU KUDAT 2012

Kudat Mengayau Chess Rapid Challenge 2012



Cabaran Catur Rapid Mengayau Kudat 2012 akhirnya melabuhkan tirai pada petang 16 Disember yang lalu. Untuk makluman, kejohanan atau pertandingan ini merupakan kejohanan sulung (pertama kali) diadakan seumpamanya iaitu secara terbuka yang melibatkan penyertaan awam di daerah Kudat khususnya, dan di bahagian utara Sabah amnya. Lebih meriah, ianya dibuka kepada semua peminat dan pemain catur dari seluruh Sabah dan juga luar negeri kerana pertandingan ini merupakan 'National Rated' di mana para peserta akan mendapat markah untuk 'Rating' masing-masing.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Catur Kudat dengan kerjasama Persatuan Catur Sabah, Kudat Resthouse (tempat pertandingan) dan Wawasan Cafe selaku penaja utama. Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Bawah 18 Tahun (B18) dan Bawah 12 Tahun (B12) dan menggunakan format bentuk individu 7 pusingan Sistem Swiss dengan Kawalan Masa 25 minit bagi setiap pemain (50 minit per pusingan) dan menggunapakai peraturan sedia ada FIDE (Blitz). Seramai 60 peserta telah menyertai iaitu 32 orang bagi kategori Terbuka, 19 orang B18 dan 9 orang B12.

Butiran lanjut pertandingan boleh dirujuk di [sini].

Para Pemenang

A. Kategori Lelaki B12

Tempat Ketiga : Mohd. Sulkhairi, Samad

Naib Johan : Elvener, Anthony

Johan : Dennis Damian, Nicholas

B. Kategori Perempuan B12

Tempat Ketiga : Deelnie, Justin

Naib Johan : Elvyronna, Anthony

Johan : Emmy, Anik

C. Kategori Lelaki B18

Tempat Ketiga : Muhd. Zulhilmi, Zanaim

Naib Johan : Nestor K., Esmady JR

Johan : Clarance, Thomas

D. Kategori Perempuan B18

Tempat Ketiga : Jennica Fay, Jossly

Naib Johan : Emmily Jennievie, Roipin

Johan : Cinderella, Justin

E. Kategori Terbuka

Tempat Ketiga : Abdul Sahim, Wising

Naib Johan : Masrin, Erowan

Johan : Adam, Ulamah
Johan masing-masing membawa pulang wang tunai, medal dan Piala Pusingan [rujuk].

Koleksi Gambar Sempena Kejohanan : [FB1] [FB2] [G+] [SCA]

Syabas dan Tahniah kepada para pemenang!

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur kejohanan iaitu Kelab Catur Kudat dan Persatuan Catur Sabah, para penaja (Kudat Resthouse dan Wawasan Cafe) dan juga kepada para peminat (termasuk ibu bapa) dan pemain yang sanggup datang dari jauh seperi Sarawak, Beaufort, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan juga Kota Marudu.

Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang!

Hebahan/Keratan Akhbar

Sebelum : Harian Ekspres 05 Disember

Selepas : Harian Ekspres 20 Disember



Nota: Kejohanan catur tempatan yang seterusnya akan diadakan di daerah Kota Kinabalu [KLIK] dan Sandakan [KLIK] masing-masing pada 22-23 Disember dan 29-30 Disember nanti. Semua dijemput hadir!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!