Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, July 08, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H

Bismillahi walhamdulillah

Sumber : [iluvislam]

Insya Allah mula Tarawih esok malam, bersahur pagi lusa dan berpuasa+berbuka pada lusa. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA kepada kaum keluarga sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini. Moga Ramadhan kita kali ini bertambah baik dari yang sebelumnya.

Teringat sekitar (mula) 8 tahun yang lalu, henpon mesti 'asyik' bernada mesej dari no. kenalan hinggalah yang nda dikenali menyampaikan ayat2 mesej yang cukup kreatif bersama dengan gabungan titik+koma+kurungan-dll yang membentuk pic. message bila menjelang hari-hari kebesaran seperti ini. Walaupun masa tu sms paling murah adalah 10-15sen (per page), kita tetap bahagia bertukar kiriman salam dan doa sejahtera.

Selalu juga pada Ramadhan sebelumnya, dapat melibatkan diri dengan aktiviti ekstra seperti GEGAR dan lain-lain. Sekarang jauh dari tempat biasa, lain sudah suasananya, ehe.

Monday, July 01, 2013

BELASUNGKAWA: AL-FATIHAH UNTUK MUTALIB MD

Bismillahi walhamdulillah..

Kredit : [SabahKini]


Berita: [SabahKini] [Malaysiakini] [BorneoInsider] [Daily Express] [New Sabah Times]

*Insya Allah akan dikemaskini dengan sedikit kupasan, nanti... Takziah kepada kaum keluarga sahabat handai arwah, para pendukung dan penyokong 'legasi idealisme' yang dibawa arwah dan khususnya kepada kita semua rakyat Sabah.. AL-FATIHAH.. -_-

Saturday, June 15, 2013

GOOGLE X UMUMKAN PROJECT LOON: BELON BERINTERNET

Bismillahi walhamdulillah..

Sumber [Google: Project Loon]


Google X, sebuah 'makmal rahsia' di sebalik projek Google Glass dan Google's self-driving cars baru sahaja mengumumkan Project Loon: Ballon-powered Internet Access. Sebagaimana namanya, projek 'belon berinternet' ini memfokus usaha untuk membolehkan kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan capaian internet seperti di kawasan gunung-ganang, hutan tebal (perlu naik pokok tinggi, haha), di atas awan (kapal terbang dll) dan kawasan yang ditimpa bencana alam atau keadaan musibah yang perlukan bantuan kecemasan.

Projek ini telah dimulakan di New Zealand dan pada masa ini Google menggunakan 30 biji belon (besar) dan lebih kurang 50 orang penguji yang mempunyai antena khas untuk menerima signal di permukaan bumi.

Sumber [Google: Project Loon]

Berikut fakta ringkas tentang Project Loon:-

1. Menggunakan belon (di panggil "loon") yang di kawal dan berlegar di kawasan Stratosfera mengikut arus angin / udara.

2. Loon ditempatkan lebih kurang 20km dari permukaan bumi.

3. Loon akan bergerak 'secara bebas' mengikut arus angin ke tempat yang telah ditetapkan untuk pergerakannya dan saling berhubung (connect) sesama Loon untuk pemindahan signal.

4. Antena khas di permukaan bumi akan menerima signal dari Loon. Setakat ini, saiz antena agak besar (nda lah sebesar loon tu, ehe) dan bentuk bulat warna merah.

5. Loon ini berfungsi sebagai pemindah atau 'satelit kecil' yang menerima signal dari pemancar utama (yang berinternet dsb) dan seterusnya menghubungkannya kepada loon yang lain atau terus kepada antena (penerima) yang terdekat.


Introduction

The Technology


Sumber dan bacaan lanjut:-

1. TechCrunch [News]

2. Project Loon: Loon For All [main site]


MSS: Lepas ni bolehlah update status FB dalam tandas kapal terbang masa flight.. Nda pun, ambil gambar cermin dalam tandas tu dan upload, hashtag dan tayangkan bagi jeles kengkawan. Muahua3! XD

Friday, June 07, 2013

CONTOH KERTAS KERJA BENGKEL BLOG

Bismillahi walhamdulillah..

Atas permintaan pengunjung khususnya pengunjung post Contoh Kertas Kerja Program dan edisi lainnya, hari ini aku akan kongsikan contoh kertas kerja yang berkaitan dengan bengkel blog atau ICT.

Untuk makluman, kertas kerja ini empunyanya ada tiga orang. Selain saya, dua orang lagi, yang harus diberikan kredit, ialah FS Sharif Asri dan FS Aizam yang dibuat sewaktu kami bertugas selaku Fasilitator SchoolNet (FS) pada tahun 2010. Sebagaimana tajuknya, kertas kerja ini dikongsikan kepada umum untuk menjadi panduan (contoh) umum kepada mereka yang memerlukan seperti golongan pelajar dan individu/pihak yang menjadi penganjur program. Anda boleh mengubahsuainya mengikut keperluan setempat. Mudah-mudahan dari perkongsian ini, kita semua beroleh manfaat dan kebaikan insya Allah.



Kalau paparan di atas ada masalah, boleh [klik] untuk paparan lebih baik.

Jangan lupa klik butang Kongsi di atas jika ingin berkongsi kepada kenalan yang lain. Moga bermanfaat! d(^^,)


Tulisan berkaitan:-

- CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM
- PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
- PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
- PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

Sunday, June 02, 2013

KAAMATAN CHESS: ROUND 7 SAMIZUL VS JASON

Aku rasa cukup down selepas persembahan di Pusingan 6 cukup mengecewakan. Blunder mudah seawal opening memang cukup merugikan dan 'mengerikan'. Bukan pawn yang percuma tetapi Rook! Sungguh sayang nda dapat mengekalkan momentum yang baik sebagaimana di Pusingan 2 dan 4. Blunder, blunder juga cuma janganlah awal sangat, muahua3! XD

Pusingan 7 merupakan pusingan akhir pertandingan dalam sistem Siwss yang standard diguna SCA. Bagi pemain yang sudah ada 4 mata dan ke atas, tentunya sudah memasang angan untuk masuk dalam Top 15 dan seterusnya memenangi hadiah.



 

Sebagai penutup, saksikan gambar-gambar sesi penyampaian hadiah. Untuk album penuh dari saya sempena Sabah Kaamatan Chess Open edisi 2013 ini, bolehlah [klik].









SYABAS kepada semua peserta dan TAHNIAH kepada penganjur dan para pemenang! Sememangnya format pertandingan sebegini akan mendedahkan lebih pengalaman berguna kepada setiap pemain khususnya pemain junior. Jumpa lagi di pertandingan akan datang!

Pusingan lain:

Round 1: Samizul vs Ryan

Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]

KAAMATAN CHESS: ROUND 6 KAMINO VS SAMIZUL

Dengan baki dua pusingan lagi, tentunya pusingan 6 dan 7 merupakan pusingan yang cukup kritikal. Dengan bekal 3 mata, baki pusingan yang tinggal seharusnya bebas dari kesilapan mudah atau istilahnya "Blunder besar". Malangnya, ianya aku lakukan di pusingan 6. Pusingan 6 ni lah yang paling teruk persembahanku. Hampeh betul, haha! XD



Round 1: Samizul vs Ryan

Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]

KAAMATAN CHESS: ROUND 5 SAMIZUL VS RAMLEE

Hari kedua bermula! Berbekalkan prestasi 2 menang dan 2 kalah selepas hari pertama, tentunya Pusingan 5 dengan buah Putih dipasang angan untuk mengutip mata penuh buat tonik dipermulaan hari kedua. Berjayakah aku mengutip mata ketiga? Saksikan! XD

















Round 1: Samizul vs Ryan

Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]

KAAMATAN CHESS: ROUND 4 JUNAIDIH VS SAMIZUL

Setelah melalui tiga pusingan, aku berjaya mengutip dua mata. Pusingan 4 merupakan pusingan terakhir untuk hari pertama Sabah Kaamatan Chess Open. Di pusingan ini aku berjumpa dengan GM Junaidih Halil yang dikenali sebagai 'Tiger' di kalangan Otais catur. Sebelum ni aku guna English opening dan kali ini aku pula yang kena English opening, haha! XD




Round 1: Samizul vs Ryan

Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]

KAAMATAN CHESS: ROUND 3 SAMIZUL VS SHERRY

Selepas gagal mendapatkan mata di Pusingan 2, Pusingan 3 memang akan turun Meja. Kali ini Meja 22 dan akan bermain buah Putih pula. (Kalau Pusingan 1 aku buah Hitam dan menang, boleh juga angan2 kasi kalah Otai di Pusingan 2 dengan buah Putih, LOL xp)

Di Pusingan 3 ni juga, my lil bro Mohd. Sulkhairi cukup bertuah sebab bertembung dengan Robert Young dari USA! Sayangnya aku nda sempat gambar Notation diorang tapi yang mengujakan dia dapat Draw dengan buah Hitam!



Okay di Pusingan 3 ni aku jumpa Sherry. Dia kategori Bawah 15 kalau nda silap. Nda sempat bertukar-tukar FB/Phone no. bah berkenal-kenalan, ehe3 x)







Round 1: Samizul vs Ryan

Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]


KAAMATAN CHESS: ROUND 2 SARAGGAN VS SAMIZUL

Sudah diagak, bila menang Pusingan 1 memang akan naik jumpa Otai tapi aku nda sangka akan jumpa GM Saraggan Amir! XD

Apapun, ini peluang keemasan untuk bermain dengan beliau. Semuanya kira okay (lah) hinggalah pada gerakan 43. ..Ne6 yang menjadi THE BIGGEST BLUNDER permainan di Pusingan 2 ini ;(




Round 1: Samizul vs Ryan

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason

Album [klik]

Pairing and Result [klik]

Saturday, June 01, 2013

KAAMATAN CHESS: ROUND 1 SAMIZUL VS RYAN

Bismillahi walhamdulillah..

Selesai sudah Sabah Kaamatan Chess Open 2013 yang berlangsung selama dua hari 30-31 Mei yang lalu. Pertandingan (yang rasanya) edisi kali ke-4 ini merupakan pertandingan yang menarik dan unik di mana ianya adalah pertandingan Standard dengan Time Control satu jam bagi setiap pemain (maka perlu buat Notation) dan setiap peserta akan bertemu walaupun berlainan kategori umur tetapi hadiahnya akan diberi mengikut kategori umur.

Maklumat lanjut tentang pertandingan: [klik]

Album saya [klik]

Pairing and Result [klik]




Round 2: Saraggan vs Samizul

Round 3: Samizul vs Sherry

Round 4: Junaidih vs Samizul

Round 5: Samizul vs Ramlee

Round 6: Kamino vs Samizul

Round 7: Samizul vs Jason


Saturday, May 04, 2013

PRU13: SELAMAT MENGUNDI DAN SELAMAT DATANG MALAYSIA BAHARU

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tinggal kurang 12 jam lagi tempoh berkempen akan tamat. Selepas itu, tempoh mengundi akan bermula dan yang paling genting sekali ialah saat pengiraan undi dan seterusnya keputusan diumumkan satu-persatu.

Aku masih ingat masa PRU12 (2008) yang lalu, aku dan rakan-rakan di bilik asrama KKCD tekun mendengar berita perkembangan keputusan PRU12. Ada rakan-rakan yang balik mengundi dan ada juga yang sudah layak mengundi tapi tidak dapat balik mengundi terutama rakan-rakan dari semenanjung. Masa itu, mereka yang lahir sekitar Januari - Februari tahun 1987 adalah golongan termuda yang sudah layak mengundi. Boleh, bila sudah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Aku antara golongan pengundi termuda tersebut tapi bulan kelahiranku menyebabkan aku belum lagi layak untuk berdaftar sebagai pengundi. Andai saja "Tsunami Politik Mac 2008" itu ditakdir oleh-Nya pada November 2008, maka aku adalah sebahagian daripada sejarah itu.

Sejarah

Tapi, kami ingin juga menjadi sebahagian daripada sejarah itu. Dengan secubit pengetahuan tentang hal ehwal politik semasa negara, kami tekun menerima dan 'menghadam' data dan maklumat yang kami perolehi. Keputusan yang memihak kepada parti yang bertanding selain United Malays National Organization dan Barisan Nasional (masa pilihanraya atau parlimen bubar, tiada istilah 'Pembangkang' dan 'Kerajaan') mengujakan kami.

Apalagi bila muka-muka baru memenangi kerusi dan juga 'lahirnya' Giant Killers di beberapa tempat, yang ada antaranya tidak dijangkakan. Sebagai contoh, kerusi Lembah Pantai dan beberapa Giants dari Barisan Nasional yang tumbang.

Waktu itu, kemenangan muka baru dan Giant Killers masih belum 'jelas' kepada kami yang masih hijau mentah. Namun, dari sifat aura 'pengundi muda', kami dapat merasakan arus baharu yang mengubah landskap politik tanah air itu sememangnya suatu sinar harapan baru marhaen.

Ia umpama cahaya lilin yang baru mula terbakar untuk meneruskan nyalaannya, dalam persekitaran yang gelap, nun di hujung sana. Dan cahaya itu mula menerangi sekitarnya.

Dan keesokannya, sejarah dijulang. Tsunami Politik menjadi tema perbualan. Empat negeri terlepas dari dakapan Barisan Nasional termasuklan Selangor yang menjadi 'lubuk intan' gerombolan. Manakala Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan PAS walaupun hampir-hampir tumbang selepas PRU11 (2004) yang menyaksikan PAS hanya kelebihan seorang Adun sahaja di Dewan Undangan Negeri berbanding BN yang menjadi pembangkang di sana sejak tahun 1990.

Selamat Mengundi dan "Selamat Datang Malaysia Baharu"

Esok 05 Mei, adalah hari mengundi. Sama ada sejarah seperti gelombang Tsunami Politik Mac 2008 akan berulang lagi dengan 'lebih dahsyat' atau tidak, aku berdoa semoga harapan baru Malaysia baharu muncul di sore 06 Mei, seperti lima tahun yang lalu. Namun walau apapun keputusannya, landskap politik tanah air akan berubah juga. Bagaimana perubahan itu, ia bergantung sama ada Pakatan Rakyat atau hegemoni Barisan Nasional yang menjadi majoriti.

Dan PRU kali ini, walaupun sudah berdaftar sebagai pengundi, aku terlepas lagi untuk menjadi sejarah 'sepenuhnya' dalam arus perubahan. Aku berada jauh dari Parlimen Kudat, dan DUN Tanjung Kapor. Namun, seperti tahun 2008 yang lalu, aku tetap tidak ingin ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Sejak Tsunami Politik, cukup ramai marhaen seperti aku menjadi cakna isu semasa dan menjadi golongan yang sentiasa menerima, mencari, menapis dan menyebarkan maklumat yang diterima untuk dinilai bersama. Walaupun TV3 menjadi 'The Fallen' selepas Mac 2008 kerana berubah status dari 'seimbang' menjadi 'terbalik terus' kepada UMNO-BN, media alternatif seperti internet kekal menjadi pengubat kekecewaan untuk mendapatkan maklumat yang persembahannya adil, berhemah dan penuh tanggungjawab.

Maaf kerana masih lagi tidak dapat terlibat langsung dalam perjuangan harapan baru.

Kepada rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia, silalah turun mengundi dan buatlah pilihan yang terbaik. Undi anda menentukan sama ada kita terus berada di bawah kangkang gerombolan United Malays National Organization atau sebaliknya - Harapan Baru terus menyinar dan menyuburkan kebangkitan Malaysia baharu.

Selamat Mengundi, Selamat Datang Malaysia Baharu. Inilah masanya yang paling sesuai, inilah masanya yang paling tepat. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

INI KALI LAH UBAH!

Monday, April 29, 2013

PRU13: THE HOPE OF THE RAKYAT



Kredit : [DemiRakyat13]

RISE | VOTE - 05.05.13 | A NEW MALAYSIA | INI KALI LAHHH!!!


Sunday, April 28, 2013

PRU13: 10 PERINGATAN KEPADA PENGUNDI

Aku buka warkah PRU13 (tahun 2013) kali ini dengan poster yang cukup bermanfaat.


INI KALI LAH! mood blogging, muahua3..! XD

Sumber dan kredit: [Rintihan Seorang Hamba]

Wednesday, April 03, 2013

MINGGU PERMAINAN DALAMAN KKAK 2013

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Permainan Dalaman (Indoor Game) Kolej Kesihatan Awam Kuching (KKAK) Sarawak akan mengadakan Program Minggu Permainan Dalaman peringkat KKAK dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Hal Ehwal Pelatih KKAK. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Catur (Kategori Individu dan Berkumpulan), Counter-Strike dan DOTA. Berikut merupakan butiran lanjut bagi setiap aktiviti yang dipertandingkan.

CATUR BERKUMPULAN 
Tarikh: 09 April 2013
Masa: 8 malam
Tempat: Kafeteria
Yuran: RM20 / pasukan

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli (sekelas)

2. Format pertandingan - Round Robin System. Kiraan jumlah mata (skor) individu digunakan untuk menentukan kedudukan (ranking) kumpulan.

3. Tempoh masa (1 pusingan) - 40 minit.

4. Notasi pergerakan tidak diperlukan. 


CATUR INDIVIDU
Tarikh: 16 April 2013
Masa: 8 malam
Tempat: Kafeteria
Yuran: RM5 seorang

1. Format Pertandingan – Sistem Swiss (Swiss System Manager) | 7 Pusingan

2. Tempoh masa (1 pusingan) - 40 minit.

3. Notasi pergerakan tidak diperlukan.

Terma dan Syarat Tambahan: [pdf]


COUNTER-STRIKE
Tarikh: 14 April 2013
Masa: 8 malam
Tempat:Auditorium (DKP 17)
Yuran: RM25 / pasukan

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

2. Standard Versi: Condition Zero 1.2 | Map: fy pool day

3. Dilarang sama sekali menggunakan perisian atau apa-apa cara yang boleh dianggap suatu penipuan seperti CHEAT ENGINE.

4. Format pertandingan adalah Sistem Liga: Kalah Mati. Setiap pasukan akan menjadi Terrorist dan Counter-Terrorist bagi setiap pusingan pertandingan.

Terma dan Syarat Tambahan: [pdf]


DOTA
Tarikh: 20 - 21 April 2013
Masa: 8 malam
Tempat:Auditorium (DKP 17)
Yuran: RM25 / pasukan

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

2. Warcraft: 1.24e | Map: 6.77c | Mode: -CM (Captain Mode)

3. Boleh menggunakan apa-apa perisian untuk membantu dalam permainan seperti War Key dan Hot Key tetapi dilarang sama sekali perisian seperti Map Hack dan Cheat.

4. Format pertandingan adalah Sistem Liga: Kalah Mati. Setiap pasukan akan menjadi Sentinel dan Scourge bagi setiap pusingan pertandingan.

Terma dan Syarat Tambahan: [pdf]

TENTATIF PROGRAM [pdf]

Borang pendaftaran telah diedarkan kepada setiak Ajk Kelas masing-masing. Sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan Ajk Kelas dan Pengarah Projek (P.I.C) yang berkenaan. Terima kasih!

Saturday, January 19, 2013

THE ULTIMATE JUNGLE FIGHT (1)

The ULTIMATE JUNGLE FIGHT merupakan Tournament ataupun Pertandingan sesama ahli kumpulan Jungle Team di Chess.com

Apa yang menarik sangat pasal pertandingan ini sampai aku mahu memberitahunya di sini?

Ya, kerana ini adalah pertandingan pertama di internet yang aku sertai! Lepas ni mungkin malas-malas sudah, haha. XD

Ini serba sedikit maklumat tentang pertandingan:-

Started on January 7, 2013 4:13 AM
Round: 1
Players: 44      
Time Control: 3 days/move
Max Group Size: 4      
Rating Range: Open
# Advance: 2      
Tie Breaks: Yes
Points Available: 473      
Games Rated: Yes

Aku berada di dalam Kumpulan 6 dan bermain (lawan) dengan tiga orang (dalam kumpulan yang sama) secara serentak kesemuanya. Setiap lawan, ada dua pusingan (White-Black). Ini bermaksud, jumlah perlawanan bagi setiap pemain ialah enam.

Name: msslawliet
Country: Malaysia
Rating: 1337 (masa mula-mula daftar pertandingan ni)

Pairings (14.01.2013)





Standings (14.01.2013)




Ni pula kedudukan terbaik yang sempat aku snap (15.01.2013). Biasalah turun-naik sebab perlawanan masih berlangsung kecuali mereka yang sudah habis enam perlawanan.















[Pairings + Standings]
 
Okay, sekarang aku akan paparkan setiap perlawanan mengikut perlawanan yang keluar dahulu keputusannya, berserta komen bagi suatu gerakan / posisi. Kira ala-ala analisis lah ni tapi mengikut ingatan dan kefahaman sedia ada ;D Untuk kali ini, mula dengan Keputusan 1 dahulu..

KEPUTUSAN 1


Thursday, January 17, 2013

RATING CATUR KEBANGSAAN

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga 'anjakan paradigma' dalam penglibatan aku dengan dunia catur ini. Walaupun mula bermain seawal Darjah 5, selepas hampir 15 tahun barulah ada rasa 'suatu kepuasan'.

Ianya adalah Rating.

Baru-baru ini telah keluar senarai terkini Malaysian Chess Federation (MCF) Chess Rating List bagi bulan Januari 2013 [rujuk].

Rating ini adalah MCF Chess Rating di mana ianya lebih kurang 200 mata di bawah FIDE Elo Rating.

Rating ini [MCF Chess Rating] akan digunakan oleh setiap pemain dalam sebarang pertandingan atau kejohanan catur yang bertaraf National Rated bagi tempoh Januari-Mac 2013.

[klik]

No. | Nama | Rating Kebangsaan [MCF Chess Rating]
6861 | Mohd. Samizul Samad | 1398
6933 | Mohd. Sulkhairi Samad | 1136 (Junior)


Kali pertama aku menyertai pertandingan catur yang formal ialah pada tahun 2003 mewakili sekolah untuk pemilihan wakil daerah Kota Belud ke peringkat PBU [kemudiannya KOBTAR].

Dan perlawanan kompetetif yang seterusnya ialah pada penghujung tahun 2012 - Kejohanan Catur Rapid Mengayau Kudat 2012 - hampir 9 tahun kemudian. Ya, setakat ini baru 2x aku ikut pertandingan yang formal.

Apapun, TAHNIAH kepada diriku sendiri dan juga adikku - Mohd. Sulkhairi Samad (Alip) yang telah mendapat Rating Kebangsaan yang pertama! Lebih bertuah Alip mendapat Rating (Junior) setinggi 1136 seawal usia 12 tahun (2013).

Harap tahun baru 2013 ini dapat ikut sekurang-kurangnya DUA kejohanan National Rated untuk menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki lagi Rating Kebangsaan.