Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 19, 2013

THE ULTIMATE JUNGLE FIGHT (1)

The ULTIMATE JUNGLE FIGHT merupakan Tournament ataupun Pertandingan sesama ahli kumpulan Jungle Team di Chess.com

Apa yang menarik sangat pasal pertandingan ini sampai aku mahu memberitahunya di sini?

Ya, kerana ini adalah pertandingan pertama di internet yang aku sertai! Lepas ni mungkin malas-malas sudah, haha. XD

Ini serba sedikit maklumat tentang pertandingan:-

Started on January 7, 2013 4:13 AM
Round: 1
Players: 44      
Time Control: 3 days/move
Max Group Size: 4      
Rating Range: Open
# Advance: 2      
Tie Breaks: Yes
Points Available: 473      
Games Rated: Yes

Aku berada di dalam Kumpulan 6 dan bermain (lawan) dengan tiga orang (dalam kumpulan yang sama) secara serentak kesemuanya. Setiap lawan, ada dua pusingan (White-Black). Ini bermaksud, jumlah perlawanan bagi setiap pemain ialah enam.

Name: msslawliet
Country: Malaysia
Rating: 1337 (masa mula-mula daftar pertandingan ni)

Pairings (14.01.2013)





Standings (14.01.2013)




Ni pula kedudukan terbaik yang sempat aku snap (15.01.2013). Biasalah turun-naik sebab perlawanan masih berlangsung kecuali mereka yang sudah habis enam perlawanan.















[Pairings + Standings]
 
Okay, sekarang aku akan paparkan setiap perlawanan mengikut perlawanan yang keluar dahulu keputusannya, berserta komen bagi suatu gerakan / posisi. Kira ala-ala analisis lah ni tapi mengikut ingatan dan kefahaman sedia ada ;D Untuk kali ini, mula dengan Keputusan 1 dahulu..

KEPUTUSAN 1


Thursday, January 17, 2013

RATING CATUR KEBANGSAAN

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga 'anjakan paradigma' dalam penglibatan aku dengan dunia catur ini. Walaupun mula bermain seawal Darjah 5, selepas hampir 15 tahun barulah ada rasa 'suatu kepuasan'.

Ianya adalah Rating.

Baru-baru ini telah keluar senarai terkini Malaysian Chess Federation (MCF) Chess Rating List bagi bulan Januari 2013 [rujuk].

Rating ini adalah MCF Chess Rating di mana ianya lebih kurang 200 mata di bawah FIDE Elo Rating.

Rating ini [MCF Chess Rating] akan digunakan oleh setiap pemain dalam sebarang pertandingan atau kejohanan catur yang bertaraf National Rated bagi tempoh Januari-Mac 2013.

[klik]

No. | Nama | Rating Kebangsaan [MCF Chess Rating]
6861 | Mohd. Samizul Samad | 1398
6933 | Mohd. Sulkhairi Samad | 1136 (Junior)


Kali pertama aku menyertai pertandingan catur yang formal ialah pada tahun 2003 mewakili sekolah untuk pemilihan wakil daerah Kota Belud ke peringkat PBU [kemudiannya KOBTAR].

Dan perlawanan kompetetif yang seterusnya ialah pada penghujung tahun 2012 - Kejohanan Catur Rapid Mengayau Kudat 2012 - hampir 9 tahun kemudian. Ya, setakat ini baru 2x aku ikut pertandingan yang formal.

Apapun, TAHNIAH kepada diriku sendiri dan juga adikku - Mohd. Sulkhairi Samad (Alip) yang telah mendapat Rating Kebangsaan yang pertama! Lebih bertuah Alip mendapat Rating (Junior) setinggi 1136 seawal usia 12 tahun (2013).

Harap tahun baru 2013 ini dapat ikut sekurang-kurangnya DUA kejohanan National Rated untuk menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki lagi Rating Kebangsaan.