Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, June 15, 2013

GOOGLE X UMUMKAN PROJECT LOON: BELON BERINTERNET

Bismillahi walhamdulillah..

Sumber [Google: Project Loon]


Google X, sebuah 'makmal rahsia' di sebalik projek Google Glass dan Google's self-driving cars baru sahaja mengumumkan Project Loon: Ballon-powered Internet Access. Sebagaimana namanya, projek 'belon berinternet' ini memfokus usaha untuk membolehkan kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan capaian internet seperti di kawasan gunung-ganang, hutan tebal (perlu naik pokok tinggi, haha), di atas awan (kapal terbang dll) dan kawasan yang ditimpa bencana alam atau keadaan musibah yang perlukan bantuan kecemasan.

Projek ini telah dimulakan di New Zealand dan pada masa ini Google menggunakan 30 biji belon (besar) dan lebih kurang 50 orang penguji yang mempunyai antena khas untuk menerima signal di permukaan bumi.

Sumber [Google: Project Loon]

Berikut fakta ringkas tentang Project Loon:-

1. Menggunakan belon (di panggil "loon") yang di kawal dan berlegar di kawasan Stratosfera mengikut arus angin / udara.

2. Loon ditempatkan lebih kurang 20km dari permukaan bumi.

3. Loon akan bergerak 'secara bebas' mengikut arus angin ke tempat yang telah ditetapkan untuk pergerakannya dan saling berhubung (connect) sesama Loon untuk pemindahan signal.

4. Antena khas di permukaan bumi akan menerima signal dari Loon. Setakat ini, saiz antena agak besar (nda lah sebesar loon tu, ehe) dan bentuk bulat warna merah.

5. Loon ini berfungsi sebagai pemindah atau 'satelit kecil' yang menerima signal dari pemancar utama (yang berinternet dsb) dan seterusnya menghubungkannya kepada loon yang lain atau terus kepada antena (penerima) yang terdekat.


Introduction

The Technology


Sumber dan bacaan lanjut:-

1. TechCrunch [News]

2. Project Loon: Loon For All [main site]


MSS: Lepas ni bolehlah update status FB dalam tandas kapal terbang masa flight.. Nda pun, ambil gambar cermin dalam tandas tu dan upload, hashtag dan tayangkan bagi jeles kengkawan. Muahua3! XD

2 comments:

  1. Maka kita satu hari nanti tidak akan guna satelit? Jom join segmen blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak juga, tetap pakai juga tu satelit, ehe

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!