Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, June 09, 2014

KAAMATAN CHESS 2014: R7.26 SAMIZUL VS HAMIZAN

Pusingan lain: [KAAMATAN 2014] [KAAMATAN 2013]

Pusingan 7 menyaksikan aku berjumpa dengan seorang lagi bakat muda catur Sabah - Hamizan. Hamizan masih dalam kategori U12 dan seingat aku, pertama kali aku jumpa dengan dia ialah semasa King Chess & Queen Chess U18 Kota Marudu 2014 yang diadakan pada 24-25 Mei yang lalu. Selepas selesai pertandingan utama, ada pertandingan selingan iaitu Pertandingan Blitz Chess King & Chess Queen Terbuka. Di pertandingan Blitz inilah kami berjumpa 'secara rasmi' di pusingan terakhir iaitu pusingan 5. Masa tu, aku juga memilih King's Gambit dan keputusannya 1-0

Sebelumnya, semasa pertandingan utama diadakan, Hamizan mencuri tumpuan aku dan cikgu Zizi bila dia bertembung dengan Datu Wafi di Papan 1 dan bermain Putih. Ketika Opening dan Midgame, Hamizan sudah mengatasi Datu dan hampir pasti menang. Namun entah macam mana, Datu Wafi dapat bounce back dan akhirnya Hamizan kalah.



Kaamatan Chess 2014-Round 7 : Posisi 22...Qxd4



Notation ku sampai di sini ja sebab masaku sudah kurang dari 5 minit. Hamizan tidak menulis notation jadi kawalan masanya diset kepada 45 minit. Permainan diteruskan, Putih sacrifice kedua-dua pieces untuk Rook dan tempo supaya dapat snack baki pawn Hitam. Kesudahannya, kedua-dua pawn Putih jadi Queen dan menang checkmated. 1-0


Result of analysis by Stockfish 5:

Average lost scores:
White= 2.52 pawns Black= 2.63 pawns Total= 2.58 pawns

Domination:
White= 17.44% Black= 34.88%

Complexity:
White= Moderate (24.29%) Black= Moderate (26.57%) Total= Moderate (25.43%)

Narrowness:
White= Moderate (28.03%) Black= Moderate (15.95%) Total= Moderate (21.99%)

Efficient mobility:
White= Moderate (21.74%) Black= Moderate (20.92%) Total= Moderate (21.33%)

Pieces activity:
White= Moderate (22.89%) Black= Moderate (26.69%) Total= Moderate (24.79%)

Exchange tendency:
White= High (45.86%) Black= Moderate (26.51%) Total= High (36.19%)


Secara keseluruhan dalam pusingan ini, aku fikir Hamizan cukup kuat semasa Opening dan Midgame. Berasap kepala untuk seimbangkan permainan (balance) dan ketika teruk di midgame move 27, aku mengumpan Nb5 supaya Bxb5 dan Hamizan memilih gerakan tersebut. Di situ aku rasa jadi turning point dan aku bertambah semangat untuk bawa permainan ke endgame yang aku lebih selesa iaitu lawan (opponent) tiada Bishop.

Hamizan antara bakat muda yang cukup berpotensi. Semoga lebih banyak pertandingan yang dia akan sertai dan bertambah pengalaman dari masa ke semasa.

Kaamatan kali ini mempunyai keunikannya seperti edisi 2013 juga.Antaranya:-

1. Penyertaan bertambah kepada sekitar 80 orang berbanding 60 orang pada edisi 2013

2. Beberapa Top Player yang jauh dari Kota Kinabalu juga datang menyertai. Antaranya gm Taulani Tukiran dari Johor, gm Mohd. Noor dari Labuan dan lain-lain lagi.

3. Satu keluarga bangsa India dari Labuan juga datang memberikan sokongan kepada dua orang anak kecil mereka (U12) iaitu Rubbasini A/P Thevendran dan adiknya Andesh A/L Thevendran

KEPUTUSAN RASMI SABAH KAAMATAN OPEN CHESS TOURNAMENT 2014




Setinggi SYABAS & TAHNIAH kepada New Champion of Sabah Kaamatan Chess, gm Sulaiman Jamal! Syabas & tahniah juga kepada penganjur iaitu Persatuan Catur Sabah (SCA) melalui Pengarah Pertandingan kali ini En. Chi Yin Phin dan AJK yang lain kuat berusaha untuk menjayakan edisi kali ini. Syabas kepada semua peserta, tahun depan kita jumpa lagi!

Sang Juara bersama replika cek hadiah RM1000, medal dan sijil


JUMPA LAGI DI LAIN PERTANDINGAN!



No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!