Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, June 02, 2014

KAAMATAN CHESS 2014: R1.37 SAMIZUL VS ROHAMIE

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah, kejohanan Sabah Kaamatan Chess Open Tournament 2014 yang bermula 31 Mei hingga 01 Jun dapat jua disertai dengan jayanya. Secara peribadi, pertandingan kali ini merupakan kali kedua penyertaan sempena Kaamatan dan kali ketiga dalam pertandingan kompetetif.

Edisi 2014 ini merupakan kali kelima penganjuran oleh Persatuan Catur Sabah (SCA) dengan pelbagai pihak dan orang-perseorangan yang menyokong usaha pengembangan sukan catur khususnya di negeri Sabah ini.

Diadakan di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu, kejohanan kali ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 82 orang dari pelbagai peringkat umur malah peserta dari luar Sabah seperti Johor dan Labuan juga turut sama memeriahkan.

KREDIT GAMBAR: MELVIN SHAM

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dicapai disini: [SCA]
Maklumat tentang Persatuan Catur Sabah pula boleh dicapai disini: [WEBSITE] [FACEBOOK]

Okay, back to business! Seperti sebelumnya, aku kongsikan game notation yang sempat aku tuliskan. Jom sama-sama kita analisis! ;)

*Gambar album akan dikongsikan di Pusingan 7

R1.37 : Samizul vs Rohamie


Pusingan lain [02]--[04]--[05]--[06]--[07]

4 comments:

  1. Hahaha,,, hanya mmpu ktawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20. Rf2 blunder ... continuation terbaik adalah NxBg6

      Delete
    2. Yup, betul tu cikgu Nicholas.. 'Nampak' continuation tu lepas analisis game.. Masa game, analisis R retreat & follow up development.. 'Tenggelam' time tengah2 analyze tu, lupa pula N tiada support.. Tu terus 'turn table' tu, hahaha...

      Last saya punya peluang untuk 'balancing' ialah masa #42. Patut Rxa5 untuk force Rook exchange

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!