Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 05, 2014

KAAMATAN CHESS 2014: R5.28 SAMIZUL VS CHARLES

Pusingan 5 dijalankan pada hari kedua pertandingan iaitu 01 Jun 2014. Pusingan dimulakan pada 9am dan pairing telahpun dikeluarkan pada lewat petang hari sebelumnya iaitu sejurus selepas tamat pusingan 4.

Kali ini, bertemu lagi dengan wakil dari Kota Marudu - cikgu Charles Kuminding merangkap 'orang kuat' sukan catur di daerah Kota Marudu (KM). Perkenalan kami bermula pada edisi lepas (Kaamatan Chess 2013) bilamana beliau turut sama bermain dan membawa rombongan. Dan kali ini, pertemuan kami di board pula.

Aku tahu cikgu Charles kuat dengan variasi Sicilian. Malam sebelumnya aku bercadang untuk mengelak menghadapi Sicilian. Entah kenapa, ketika bermain aku gerakkan juga e4 dan seperti yang dijangka ia dijawab dengan c5.

Seharusnya, aku awal-awal lagi memilih Alapin variation (The anti-Sicilian) sebab itu antara variasi yang aku guna untuk menghadapi Sicilian.




Pusingan lain: [KAAMATAN CHESS 2014]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!