Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 05, 2014

KAAMATAN CHESS 2014: R6.33 RYAN VS SAMIZUL

-King's Pawn opening-

Pusingan 6 menemukan aku dengan lawan yang pertama sekali aku hadapi semasa Kaamatan Chess 2013 yang lalu iaitu Ryan Izzat. Pada masa itu aku bermain buah putih dan memilih d4. Akhirnya permainan menjadi Queen's Gambit Accepted line. [Samizul vs Ryan]

Selepas pertembungan itu, aku percaya Ryan merupakan antara junior Sabah U12 yang berpotensi besar untuk pergi lebih jauh.

Melihat kelibatnya pada Kaamatan Chess tahun ini bersama bapanya seperti setahun lalu, membuat aku teruja. Kaamatan Chess, pada suatu sudut, berjaya menjadi 'annual meeting ground' peminat catur khasnya amatur dari seluruh Sabah.

Aku lewat tiba untuk Pusingan 6 kerana terpaksa balik ke tempat menginap untuk check-out. Apabila tiba, aku terus melihat pairing. Bila melihat nama lawan, aku terkejut. Tidak sangka kami akan bertembung lagi. Ryan juga aku rasa terkejut namun aku percaya motivasinya cukup tinggi untuk revenge. Malah kali ini, dia bermain buah putih.

Tiba di meja, aku menyapa dan bersalam dengannya. Aku lihat di papan, e4. Lihat jam, aku sudah lewat 10 minit (tinggal 50 minit). Namun, advantage untuk aku sebab Ryan memilih untuk tidak menulis notation dan masanya pun sudah di set kepada 45 minit. Dengan keadaan berpeluh dan cooling down, aku pun menjawab e4 nya itu...





Analisis dan komen oleh Stockfish 5


Posisi selepas 30...fxe6

What a good performance Ryan! You've been improved a lot in a long game. Until we meet again!

 Pusingan lain: [KAAMATAN CHESS 2014]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!