Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, June 12, 2014

PESTA KELAPA KUDAT KINI DINAMAKAN FESTIVAL KUDAT


Logo Baharu - Festival Kudat 2014


Kali terakhir aku menulis tentang Pesta Kelapa Kudat ialah pada tahun 2011 yang lalu. Masa tu, aku baru kembali ke Kudat setelah sekian lama menimba pengalaman di Tenom. Banyak kenangan hebat dan terindah sewaktu berkelana di sana ;-)

Setelah sekian lama, akhirnya acara ulung keramaian rakyat di Kudat ini telah dijenamakan semula (rebranding) menjadi Festival Kudat.

Tema juga mengalami perubahan;

2011 - Sememangnya Kelapa...
2014 - Kudat-Sememangnya Hebat

Aku tidak tahu bilakah pesta kelapa bermula di Kudat. Mungkin ada rekod rasminya. Yang aku tahu, setiap tahun (mungkin pernah juga dwitahunan) ianya dianjurkan dan termasuk dalam kalendar pelancongan Sabah seperti pesta-pesta daerah yang lain di Sabah seperti Pesta Jagung, Pesta Kubis dan sebagainya.

Bagi aku, penjenamaan ini adalah tepat pada masanya untuk membawa acara rakyat ini ke tahap yang lebih baik dengan skop yang lebih luas. Kesannya, bukan sahaja buah kelapa yang menjadi kebanggaan dan trademark Kudat ditonjolkan saban tahun tetapi warisan temurun dan lain-lain keunikan atau potensi yang ada pada daerah Kudat dapat lebih diketengahkan, dimajukan dan yang lebih mustahak dikekalkan untuk diserap generasi muda masakini khasnya dan manfaat warga lain umumnya. Sebab, amat rugi kalau kita sekadar berbangga dengan kehadiran pelancong luar terutama dari luar negara yang bertambah dan memeriahkan acara tetapi penghayatan dari generasi muda tempatan semakin pudar ditelan waktu.


Okay, kita kembali kepada pengisian atau aktiviti yang dijadualkan sempena Festival Kudat julung-julung kalinya ini. Setakat ini, aku dapat dua aturcara bersumberkan Page Pesta Kelapa Daerah Kudat di FB.

Kredit Gambar=Page PKDK. Aturcara awal (5 Mei)

Kredit Gambar=Page PKDK. Aturcara terkini (12 Jun)

Akhir kata, aku selaku warga Kudat dengan segala sukacitanya menjemput ANDA SEMUA untuk datang sama-sama memeriahkan Festival Kudat 2014 ini! Ajak sekali keluarga dan rakan-rakan yang lain. Ada banyak acara dipertandingkan untuk disertai disamping hadiah-hadiah yang pastinya menarik! ;-D


Sekadar catitan ringkas beberapa keunikan yang ada pada daerah Kudat:-

1. Pekan Matunggong - lokasi pusat pemerhatian fenomena Gerhana Bulan Penuh pada tahun 1994/1995.

2. Rumah Panjang Bavanggazo - Rumah Panjang suku kaum Rungus. Terletak di Kg. Tinangol. Pengunjung boleh bermalam (sewa bilik) di rumah tersebut dan menikmati malam dengan tarian tadisional kaum Rungus.

3. Pusat Membuat Gong (Gong Making Center) - Terletak di Kg. Sumangkap. Mungkin gong di rumah anda atau yang digunakan oleh banyak kumpulan penggiat seni tradisional berasal dari sini.

4. Ladang Madu Lebah - Terletak di Kg. Gombizau. Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menuai hasil madu dengan bantuan orang kampung yang mahir. Dengan adanya Pusat Lebah Madu Borneo ini, Sabah sepatutnya perlu kurang mengimport madu dari luar.

5. Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) - Tempat ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lanjut lagi. Warisan geo-sejarah ini sudah menjadi legend sebaris dengan tempat Wajib Datang yang lain di Sabah seperti Gunung Kinabalu, Lembah Danum dan lain-lain.

6. Masjid Kg. Ayer dan Tokong Buddha - Setahu aku, kedua-dua tempat beribadat ini sudah mencecah usia seratus tahun, dan mungkin lebih.

7. Pantai Bak-Bak dan Pantai Kelambu (dan pulaunya) berpotensi untuk menjadi tumpuan utama dan rekreasi keluarga dihujung minggu.

8. Dan banyak lagi...!

Sumber dan maklumat lanjut beserta gambar dari Pejabat Daerah Kudat.


2 comments:

  1. ya...mau follow ni bapak lolet..hahahahaha (baru jumpa blog ni)
    _#cunnharustenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adada... Baru jumpa kah... Camna kau bulih terjumpa ni mama ann, hahahah.. follow aja.. Ada Follow button tu di sebelah kanan kalau kau online pakai laptop ;)

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!