Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014M

Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillah ilham...

Telah pergi Ramadhan bulan penuh barakah,telah tiba Syawal bulan kemenangan... Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula esok 28 Julai 2014 sebagaimana yang telah diumumkan oleh YM Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Semoga Allah menerima amalan kita semua... Semoga kita dikurniakan lagi Ramadhan yang akan datang, insya Allah amin.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh kaum keluarga, yang tersayang dan keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini. MAAF sebab tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga dan yang tersayang pada tahun ini. Tahun ni, tema "Dendang Perantau", ehe.


Lagu-lagu nostalgia Raya sudah tentu berkumandang. Dalam banyak-banyak lagu tu, ada dua yang paling terkesan. Antaranya:

SENANDUNG HARI RAYA UNTUK MU - DAYANGKU INTAN

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang lagu untukmu pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga



Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dariku... Selamat beraya semuanya! ;-)

#HappyEidulFitri1435H
#PrayForPalestine
#PrayForRohingya
#PrayForSyria
#PrayForMalaysia
#PrayForMSS-AM