Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, October 27, 2015

KEJOHANAN CATUR TERBUKA IPG KENT KALI KE-2 2015


Kredit : Penganjur IPG Kampus Kent & Sabahchess.com

ALHAMDULILLAH, dapat juga menyertai kejohanan pertandingan catur anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran pada tahun ini setelah melepas edisi pertama tahun lepas sebab masih berada di Bumi Kenyalang. Tahun ni, azam untuk datang demi tidak menghampakan jemputan seseorang :) Kebetulan, ngam timing dan tahun ni belum lagi ikut mana-mana pertandingan. Kali terakhir ialah Sarawak Open 2014, November lepas dan itu juga entri terakhir di blog ini. Itupun belum habis update, lol.

Okay, mari kita lihat lima perkara menarik - dari kaca mata penulis - sepanjang dua hari kejohanan ini berlangsung. Sebenarnya, ia belum lagi dirasa lengkap sebab kekurangan persediaan dan maklumat. Contohnya Biggest Upset dan lain-lain. Mungkin pembaca yang ada berkunjung boleh berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen :D


1. Triple-One Participant

Seramai 111 orang peserta telah didaftarkan untuk menyertai dan ada beberapa penyertaan lain lagi yang tidak dapat didaftarkan atas beberapa faktor utama seperti kelewatan menjelaskan yuran penyertaan seperti yang diiklankan dan ruangan yang terhad. Tempat asalnya terhad kepada 80 orang peserta terawal sahaja. No Pre-Registration, No Walk-In Registration

Sekeluarga datang dari Kuching (hadapan, mula dari yang berpeluk tubuh)

2. Peserta sejauh dari Kuching, Sarawak

Kenalan penulis memaklumkan seawal pagi hari pertama bahawa ada peserta (adik-beradik lelaki) yang ikut bertanding telah datang sejauh dari Kuching, Sarawak. Mereka ditemani ibu bapa mereka.

Bila tengok muka, familiar. Laa, patutpun. Ya, rasanya penulis ada berjumpa dengan keluarga ini masa Sarawak Open 2014 di Pusat Sukan Kuching, dahulu. Sungguh, ini sesuatu yang unik dalam pertandingan catur; sokongan dan dokongan yang padu.


3. Kategori Hadiah Bawah 12 Tahun

Kategori ini asalnya tiada dalam iklan kejohanan. Namun, penulis difahamkan ada peserta yang telah bermurah hati menaja hadiah untuk kategori ini. Pemenangnya ialah adik yang berbaju belang putih-biru-merah di gambar atas.


4. 55-60% Peserta adalah Bawah 25 Tahun

Ini adalah anggaran umum penulis. Bawah 25 tahun ini diambil kerana mereka yang dalam golongan umur ini adalah mereka yang masih belajar sama ada di peringkat Rendah, Menengah mahupun IPT. Dengan penyertaan yang amat menggalakkan dari golongan ini yang rata-rata hadir bersama ibu bapa atau keluarga mereka, sudah tentu masa depan sukan catur di Sabah bertambah berkembang dari segenap segi, insya Allah.

(Kalau GM_lolet memang masih belajar tapi nda masuk kategori ni sebab dia memang sentiasa awet muda jadi 'pelajar' tu ;p)

Johan Kategori Terbuka


5. Winner = Undefeated

Johan Kejohanan Catur IPG Kampus Kent Tuaran Kali Ke-2 2015 telah disandang oleh saudara Al Kamil Kamin. Beliau menang semua pusingan kecuali di Pusingan 6 kalau tak silap iaitu seri dengan saudara Charles Lucas.

Kemas kini @ 31/10/2015: [BACA BERITA SCA]



Sekarang, ini pula lima perkara menarik dari penulis yang dikutip semasa kejohanan, untuk dibingkaikan menjadi pengalaman hebat buat pedoman masa mendatang ;D (maaf kalau English nda betul, harap ada yang sudi betulkan)

1. My First Won-on-Forfeit

On Round 5 (Day 2, with +2-2), I played as White and my opponent was Dumin Balinggi. After the Chief Arbiter (CA) announced to start the round, I pressed the clock, moved e4 and started walk around to see how was my friends doing. After 30 minutes, I informed the CA, paused the clock and jot down on the main score sheet; 1-F. It was my first ever Won-on-Forfeit during tournament.


2. My Tough-vs-Junior Game

This was happened on the 3rd round of Day 1 after I lost to Guadis Goridau as Black (Round 2, Table 4). On this 3rd round, I played as White and the junior was Muhamad Aidil Azmie (Form 1!). Too bad, I did not record our game.. :(


3. My Shortest Game

After the free +1 on Round 5, I thought I would play as Black. Fortunately, I played as White again and this time my opponent was someone I 'identified' already but did not know for sure. Well, he is the Coordinator of Kent Chess Club when I used to know him later! It was my pleasure to meet your Mr. Santana Rajan Perumali!

Note: I did not use the notation sheet during the game. This is based on my memory...

 

4. My Early-Crushed Game (Big Blundered)

Well, this one is quite embarassing, haha. On Round 4, I met another heavy player - Kamino Marino. Our last meeting was during Sabah Kaamatan Open 2013. See the game here (click).

How early I got crushed? See the recorded game below! :D



5. My Best Game

Now, this one is the best among the best things happened. At least, I can smile cutely (lol) before going back to Kota Kinabatangan. Actually, I lost this final game to Muhadi Muhalip. Whaatt, lostt? So how could on this earth it become the best game then? Analyze it yourself! XD

 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penganjuran edisi kali ini adalah berjaya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Memandangkan penulis tiada pada edisi pertama, jadi perbandingan edisi kali ini dengan yang sebelumnya tidak dapat dibuat secara langsung. Namun, menurut sumber dari AJK dan kenalan, penganjuran kali ini adalah lebih meriah dan lebih baik berbanding sebelumnya.

Kecuali semasa pendaftaran dibuka, tiada masalah besar yang timbul sepanjang kejohanan berlangsung. CA juga hanya sekali dua memberikan peringatan dan komen kepada peserta.

Sesi perasmian penutupan dan penyampaian hadiah juga menarik, bermakna dan meriah. Pengerusi Majlis yang owhsem, tayangan video, ucapan para tetamu, kelicinan penyampaian hadiah, dan juga para hadirin yang terus memeriahkan majlis hingga ke akhirnya.

Setinggi terima kasih dan sekalung syabas dan tahniah buat penganjur iaitu IPG Kent dan Persatuan Catur Sabah (SCA) terutamanya para AJK & Urusetia yang telah bertungkus-lumus mengerah kudrat dan masa mereka demi menjayakan penganjuran edisi kali ini. Insya Allah pada edisi akan datang, mudah-mudahan kejohanan ini dapat dinaik taraf lagi ke FIDE Rated Event sebagaimana yang telah dihasratkan kedua belah pihak (IPG Kent & SCA).

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang! Gens Una Sumus!


My Perfomance:
R1.2x Mohd. Samizul Samad VS Mohd. Akmal Ruhin    1-0
R2.4   Guadis Goridau VS Mohd. Samizul Samad            1-0
R3.2x Mohd. Samizul Samad VS Muhamad Aidil Azmi  1-0
R4.11 Kamino Marino VS Mohd. Samizul Samad            1-0
R5.23 Mohd. Samizul Samad VS Dumin Balinggi            1-F
R6.25 Mohd. Samizul Samad VS Santana Rajan Perumali 1-0
R7.10 Muhadi Muhalip VS Mohd Samizul Samad             1-0

+4=0-3

Rank 23th before the final round. What a good chance to get Top 20!


[Klik Koleksi Gambar]


No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!