Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, July 20, 2016

CATUR 2016 (1)

Assalamua'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera!
Lama betul blog ini tidak dikemaskini. Kali terakhir ialah Oktober tahun lepas - hampir 10 bulan, FUHH!.
Selepas menyertai Kejohanan Catur Terbuka IPG Kent Kali Ke-2 2015, pertandingan seterusnya yang saya sertai ialah Kota Marudu Chess Open 2015 pada Disember anjuran Kelab Catur Kota Marudu (KMCC).
Bagaimana pula dengan kalendar catur 2016? Yeahh, tirainya dibuka dengan sesuatu yang awesome!
1. Sabah Masters (FIDE Rated) 2016 (5-9 Februari), anjuran Persatuan Catur Sabah (SCA) yang mana ianya juga merupakan pemilihan pemain (warga Sabah) bagi mewakili Sabah ke Kejohanan Catur Malaysia (Malaysian Championship / National Closed) 2016 pada Mac. Bertempat di Imperial Boutec Hotel (IBH), Warisan Square, Kota Kinabalu.
2. Piala Emran Maidin anjuran KMCC pada 24 Februari bertempat di Gerai Hijau.
3. Klinik Catur bersama International Master (IM) Oliver Dimakiling pada 1-2 Mac anjuran SCA. Bertempat di IBH, Kota Kinabalu
4. Malaysian Chess Championship (sebelum ini dikenali sebagai National Closed Championship) pada 15-21 Mac anjuran bersama SCA, Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF). Bertempat di Dewan Utama KUYS, Sembulan, Kota Kinabalu. Selepas kejohanan ini, saya mendapat rating FIDE yang pertama iaitu 1533 dengan hanya dua kemenangan (berturut) dan tujuh kekalahan (enam berturut!)
5. Kejohanan Catur MSSD Kudat (18-19 April) bertempat di SMK Pinawantai, Kudat. Selaku Pembantu Arbiter Jemputan.
6. Latihan Pusat Skuad Catur Kudat ke MSSB Utara. Selaku Penceramah dan Jurulatih Jemputan pada 10-11 Mei bertempat di SMK Abdul Rahim, Kudat.
7. 7th Kaamatan Open + AGM SCA pada 27-31 Mei anjuran SCA bertempat di IBH, Kota Kinabalu. Pencapaian terbaik saya setakat ini ;D
8. Gerai Hijau Kota Marudu Open (5 Jun). Acara Bulanan yang kedua bagi tahun 2016 yang dianjurkan oleh KMCC.
9. ???
Insya Allah saya akan bercerita lebih lanjut tentang penglibatan sepanjang Separuh Pertama 2016 di kesempatan yang akan datang :)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!